Testimoni Kejayaan Cellfood

Sunday, March 26, 2006

Kayap, Penglihatan Kabur & Beruban

Nama: Sapiah bt Mohamad
Umur: 68
Jantina: Female
Masalah Kesihatan: Kayap, Penglihatan Kabur & Beruban


Saya mempunyai masalah kulit pada kaki iaitu kayap selama 30 tahun. Kulit pada kaki saya gatal, sakit dan berair. Saya tidak boleh makan ketam, udang dan sotong. Jika termakan makanan tersebut, keadaan akan bertambah teruk. Saya telah banyak berjumpa doktor dan mencuba ubat kampung tetapi tidak berkesan. Saya mula menggunakan Cellfood. Saya minum Cellfood 8 titis 3 kali sehari dan sembur pada kaki. Setelah menggunakan Cellfood selama 3 bulan, kayap pada kaki saya kering dan sembuh. Saya amat gembira kerana penyakit kayap yang telah mangganggu saya selama 30 tahun telah sembuh dan saya boleh makan makanan laut.
Selain itu, saya juga sembur Cellfood pada mata dan kepala. Didapati penglihatan yang kurang jelas kini menjadi terang. Saya dapat mencucuk jaram dan menjahit baju. Sebelum ini, saya tidak dapat membuat kerja seperti ini kerana tidak dapat lihat dengan jelas. Saya sembur Cellfood pada kepala dan mendapati pening kepala yang kerap berlaku hilang dan uban saya juga hilang.Sebelum ini, setiap pagi apabila bangun dari tidur, jantung saya berdebar-debar. Selepas minum dan sembur Cellfood pada bahagian dada, keadaan seperti ini tidak berulang lagi. Saya amat berterima kasih kepada Cellfood kerana telah menyihatkan saya. Saya berharap sesiapa yang ingin mengembalikan kesihatan boleh cuba produk Cellfood ini.

Penyakit Urat Saraf


Nama: Nur Azwa Natasha bt Hishamuddin
Umur: 7
Jantina: Perempuan
Masalah Kesihatan: Penyakit Urat Saraf

Anak saya mengidap penyakit urat saraf sejak lahir lagi. Sebelum ini, saya pernah mencuba ubat di hospital dan cara kampung untuk merawat anak saya. Anak saya perlu menjalani fisioterapi di kilnik dan hospital, tetapi keadaannya tetap sama. Tangan dan kakinya tidak boleh angkat tinggi dengan sendiri. Dia tidak boleh duduk dengan tegak dan baik.
En Alim memperkenalkan Cellfood kepada saya. Selepas setengah jam sembur Cellfood pada tangan dan kaki anak saya, kami dapat memperhatikan perubahan yang ketara pada anak saya. Sekarang tangannya boleh diangkat tinggi dan kakinya boleh dibuka. Sebelum ini, kakinya rapat dan tidak boleh diregangkan dan susah untuk didukung.Sebelum menggunakan Cellfood, saya telah membelanja banyak dalam perubatan anak saya. Saya amat gembira kerana selepas menggunakan Cellfood baru saya nampak perubahan pada anak saya. Terima kasih kepada Cellfood.

Kencing Manis



Nama: Zazali B Aripin
Umur: 42
Jantina: Lelaki
Masalah Kesihatan: Kencing Manis

Saya telah mengidap kencing manis selama empat lima tahun. Pada satu hari bulan November tahun 2003, kaki saya terkena dawai pancing ikan. Kaki saya bengkak, daging dikeliling luka telah dibuang. Saya amat kecewa apabila doktor memberitahu bahawa kaki saya perlu dipotong. Isteri saya tidak membenarkan kaki dipotong dan saya terus keluar dari hospital untuk mencari alternatif lain untuk mengubati kaki saya.
Suatu hari, seorang kawan yang bernama Abbas memperkenalkan Cellfood kepada saya. Saya mengambil Cellfood 8 titis 3 kali sehari. Saya juga sembur Cellfood pada luka di kaki. Selepas mengguna Cellfood, banyak nanah dan darah mengalir keluar daripada luka. Bengkak di kaki menjadi kurang. Selepas 5 bulan, kaki saya sembuh. Saya amat bersyukur kerana sekarang saya boleh bangun, boleh berjalan dan bermain badminton. Sebelum ini, kaki saya adalah berwarna hitam dan tidak boleh berjalan dan tidak boleh bekerja langsung. Saya amat berterima kasih kepada Cellfood kerana telah menyelamatkan saya.

STROK


Nama: Rasidi B Muhammad
Umur: 43
Jantina: Lelaki
Masalah Kesihatan: Strok

Saya mengidap strok selama 2 tahun. Sebelah kiri badan saya tidak boleh bergerak. Saya pernah dimasukkan ke hospital selama 2 minggu. Doktor pakar hanya memberikan saya ubat. Saya juga mencuba cara tradisional iaitu urut tetapi tidak berkesan. Banyak wang telah dihabiskan untuk perubatan moden dan tradisional tetapi tidak memberi kesan yang menggalakkan.Dalam tempoh saya mengena strok, saya berasa amat susah hati. Saya tidak boleh bangun, tidak boleh berjalan, perlu dipapah orang, tidak boleh kawal pembuangan kencing dan najis, perlu pakai pempers.Saya amat bernasib baik kerana En Halim Abdulah memperkenalkan Cellfood kepada saya. Saya minum Cellfood selama 2 bulan sebanyak 2 botol dan saya mendapat kesan yang menakjubkan. Sekarang saya berasa ceria kerana boleh bangun sendiri, boleh berjalan, bahagian kiri badan saya boleh bergerak dan saya boleh menunggang motosikal. Saya berterima kasih kepada Cellfood. Saya akan terus mengambil Cellfood untuk kesihatan saya.

Deman Denggi

Nama: Muhammad Syafiq bin Mohd. Hatta & Muhammad Syazril bin Mohd. Hatta
Umur: Syafiq (9) & Syazril (8)
Jantina: Lelaki
Masalah Kesihatan: Deman Denggi

Sama seperti pelajar sekolah rendah yang lain, adik-beradik Syafiq dan Syazril amat aktif dan bertenaga. Setiap sudut dengan kehadiran mereka pasti akan dipenuhi dengan suara keriangan. Malangnya, apabila penyakit demam denggi menyerang Malaysia dan lain-lain negara pada awal tahun 2005, segalanya sudah berubah.Penyakit demam denggi merupakan penyakit merebak yang disebar oleh nyamuk aedes dan disebabkan oleh mana-mana 4 jenis virus demam denggi. Penyakit ini juga digelar sebagai "Penyakit Demam Retak Tulang", ia digelar sedemikian kerana penyakit ini akan mengakibatkan kesakitan amat teruk pada sendi dan otot. Sungguhpun demikian, sehingga kini masih belum ada sebarang vaksin atau cara rawatan yang spesifik untuk penyakit ini.Apabila adik-beradik ini dijangkiti penyakit demam denggi, mereka mengalami demam panas dan kesakitan sendi dan otot yang teruk. Mereka berkeadaan lemah longlai dan uzur, mereka tidak lagi kelihatan penuh keriangan dan bertenaga. Adik-beradik ini telah dimasukkan ke hospital dan terpaksa mengambil ubat paracetamol dan cecair intravena. Semasa tempoh wabak ini, ramai pesakit berjangkit yang malang (dijangkiti demam denggi berdarah) telah dimasukkan dalam wad Unit Rawatan Intensif, dan kebiasaannya pesakit-pesakit kes sedemikian gagal diselamatkan.Mujurnya adik-beradik ini telah diberi Cellfood oleh bapa mereka. Mereka masing-masing mengambil 5 titis Cellfood untuk setiap kali, dan sehari mengambil 4 kali. Yang ajaib sekali ialah setelah 2 hari pengambilan Cellfood, demam dan kesakitan sendi tulang mereka alami semakin reda. Kini, mereka telah pulang ke rumah dan kembali ke bangku sekolah serta menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Down Syndrome

Nama: Puteri Nurqasdina bt Mohammed Zaran
Umur: 4
Jantina: Perempuan
Masalah Kesihatan: Down Syndrome

Anak saya mengidap penyakit Down syndrome. Antibodi badannya kurang dan dia sering jatuh sakit. Dia kerap dimasukkan ke hospital, keradangan paru-paru dan makan banyak jenis ubat. Dia juga mempunyai lelah, kakinya lemah, tidak boleh berdiri dan berjalan, pembelajarannya lambat.
En Fauzi memperkenalkan Cellfood kepada anak saya. Saya memberi 5-8 titis Cellfood untuk anak saya. Saya juga menggunakan Cellfood untuk sembur pada kepala, kaki, mulut dan mukanya. Setelah menggunakan Cellfood selama 2 minggu, saya amat gembira melihat kesan yang baik pada anak saya.
Kakinya menjadi lebih kuat, dia boleh berdiri dengan baik dan boleh berlari. Dia juga mula bercakap dan menjadi lebih aktif. Ketahanan badan menjadi semakin baik. Dia tidak mengalami selsema walaupun bercampur gaul dengan kanak-kanak lain yang selsema.

Asma , Kayap, Gout, Rabun dan Migraine

Nama: Iyang Dahlan bin Iyod
Umur: 53 Jantina: Lelaki
Masalah Kesihatan: Asma (50 tahun), Kayap (5 tahun), Gout (5 tahun), Migraine,
Mudah selesema
kalau cuaca sejuk & Rabun

Sudah banyak duit saya habiskan untuk berubat, tapi belum dapat kesan yang diharapkan. Pada 07-04-2005, seorang kawan telah memperkenalkan Cellfood kepada saya. Mulai saat itu, saya telah mengamalkan penggunaan Cellfood. Saya mula minum 2 titis Cellfood dicairkan dengan segelas air RO, 3 kali sehari. Selain itu, saya juga menitiskan Cellfood pada kulit saya yang bermasalah. Untuk 3 hari berturut-turut, saya mengalami selesema & sakit kepala, tetapi selepas 3 hari, saya sihat semula. Pada hari ke-4, saya telah meningkatkan pengambilan Cellfood kepada 8 titis, 3 kali sehari. Dalam masa seminggu, masalah gout saya pun sembuh. Selepas menghabiskan 3 botol Cellfood 10 ml, saya diserang sakit asma yang dahsyat. Dalam masa 2 minggu, saya sesak nafas & batuk dengan teruk dengan kahak yang begitu banyak dikeluarkan. Dalam 1 hari, sebanyak 300 - 500 gm kahak dikeluarkan & setelah 2 minggu, kira-kira 5 kg kahak dikumpulkan. Kahak yang sudah keluar & dikumpulkan seperti yang ditunjukkan dalam gambar merupakan hasil yang dikumpulkan selama 2 hari; iaitu kira-kira 1200 g (1.2 kg).Sekarang saya berasa gembira kerana masalah kesihatan saya sudah beransur-ansur pulih. Walaupun saya baru menggunakan Cellfood untuk 1 bulan sahaja, tetapi saya berasa yakin bahawa Cellfood boleh menyelesaikan masalah kesihatan saya. Saya sangat berterima kasih kepada saudara Mujib, Izhar & isteri yang sudah menolong saya & juga kepada ATM kerana telah memperkenalkan Cellfood yang merupakan satu produk yang unik.

Ketumbuhan di Tengkuk


Nama: Mohd Yusof B Sharip
Umur: 56
Jantina: Lelaki
Masalah Kesihatan: Ketumbuhan di Tengkuk

2 tahun yang lepas terdapat ketumbuhan di tengkuk saya. Semakin hari semakin besar ketumbuhan itu. Doktor menasihatkan saya untuk menjalani pembedahan pembuangan ketumbuhan itu. Disebabkan kawan saya juga pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seperti ini, dan didapati terdapat ketumbuhan yang baru selepas pembedahan itu. Saya memutuskan tidak menjalani operasi itu.
Dengan ketumbuhan ini, saya tidak dapat memusingkan kepala saya dengan bebas dan berasa sakit. Saya bersyukur kerana En Salam memperkenalkan Cellfood kepada saya. Saya minum Cellfood setiap hari dan titiskan Cellfood yang konsentrasi pada ketumbuhan itu.
Selepas 1 minggu, ketumbuhan yang keras itu menjadi lembut, saiznya mengecut sehingga sebesar ibu jari. Sekarang saya berasa lebih cergas dan sihat. Saya juga boleh pusingkan kepala saya dengan bebas.

Akne Sista dan Katar














Nama: Khairuddin bin Abdul Rahaman
Umur: 22
Jantina: Lelaki
Masalah Kesihatan: Akne Sista dan Katar

Khairuddin seorang penuntut lepasan ijazah di sebuah universiti tempatan yang telah lebih setahun menghidapi akne sista dan katar (sejenis kes akne yang serius). Penyakit ini menjadi satu penghalang sosial yang besar baginya kerana mukanya selalu kelihatan bengkak dan dipenuhi ruam bernanah. Dia sering mendapat pandangan orang ramai seolah-olah dia ada kecacatan pada muka, dan ini menjadikannya susah hendak berkomunikasi dengan orang lain. Keadaannya menjadikannya hilang keyakinan diri. Apabila dia memakan makanan yang ‘salah’, seperti makanan laut, ayam dan makanan ‘berbisa’ yang lain, keadaannya akan bertambah teruk sehingga dia tidak ingin berjumpa dengan sesiapa. Selain perasaan malu, dia juga telah menghabiskan banyak wang mendapatkan rawatan muka yang bukan hanya tidak berkesan, tetapi telah menjadikan keadaan mukanya bertambah teruk.
Kehidupannya berubah secara mendadak apabila Encik Ahmad Asabi bin Ismail memperkenalkan Cellfood dan Spirulina kepadanya pada Januari 2005. Dia memulakan regimen pemulihannya dengan menyemburkan satu campuran 25 titis Cellfood dalam 60ml air (dalam botol penyembur Cellfood mist) pada muka dan di bawah lidahnya. Ada kalanya, kira-kira 2 kali seminggu, dia akan sapukan satu campuran 5 biji Spirulina (dijadikan serbuk) dengan Cellfood dan air bersih pada mukanya sebagai topeng muka sebelum tidur. Dalam masa yang tidak sampai 2 minggu, dia telah dapat lihat perubahan yang amat mengagumkan pada mukanya. Dia juga dapat rasa ada sedikit perubahan pada tahap tenaganya. Kini, dia menjadi seorang yang penuh keyakinan diri, seolah-olah telah diberikan nafas baru.

Kencing Manis










Nama: Rashid b Mohamed
Umur: 51
Jantina: Lelaki
Masalah Kesihatan: Kencing Manis

Saya mengidap penyakit kencing manis selama 10 tahun. Paras glucose darah adalah amat tinggi iaitu 18 mmol/L. Sebulan sekali perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan dan mengambil ubat.
Suatu hari, kaki saya terkena duri ikan. Luka di kaki semakin besar dan tidak boleh sembuh. Kaki saya bengkak, tidak boleh berjalan dan tidak boleh bekerja selama 5 bulan kerana saya bekerja sebagai nelayan.
Saya bernasib baik kerana En Salam memperkenalkan Cellfood kepada saya. Selepas menggunakan Cellfood, paras glucose darah saya turun hingga ke 6 mmol/L. Luka di kaki saya telah sembuh. Sekarang saya boleh berjalan ke sana sini. Saya amat gembira dan berterima kasih kepada Cellfood.

Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Penyakit Jantung

Nama: Liu Choong
Umur: 52
Jantina: Lelaki
Masalah Kesihatan: Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi, Penyakit Jantung

Saya menghidapi penyakit darah tinggi dan jantung sejak 5 tahun yang lalu. Tekanan darah tinggi saya pada masa itu ialah 160/90. Oleh yang demikian saya terpaksa makan ubat kawal tekanan darah tinggi dan jantung preskripsi dari doktor. Namun begitu, keadaan penyakit saya tidak nampak perubahan. Selain itu, saya ini bagai sudah jatuh ditimpa tangga, kerana pemeriksaan doktor seterusnya mengesahkan saya menghidapi kencing manis yang serius, iaitu pada tahap 21.9.
Pada masa itulah seorang kawan memperkenalkan Cellfood kepada saya. Saya mula dengan makan 4 titis 3 kali sehari. Akan tetapi saya tidak terasa sebarang perubahan walaupun beberapa hari sudah berlalu, maka saya pun tambah kepada 8 titis dan tidak pernah terputus makan produk ini. 3 bulan kemudian, semasa saya pergi ke hospital membuat pemeriksaan, doktor memberitahu tekanan darah saya sudah turun ke tahap 132/84 dan kencing manis pula sudah turun ke tahap 7.3.
Kegembiraan yang saya perolehi adalah tidak terkata dan saya akan terus amalkan Cellfood. Akhir kata ingin saya rakamkan ribuan terima kasih kepada ATM dan Cellfood.

Hebatnya PRODUK INI...

Untuk mengetahui apakah produk ini,sila layari :
http://www.atm2u.com/new_atm_BM/main.asp?n=cellfood

Dan untuk melihat lebih banyak lagi,gambar -gambar 'orang sudah sembuh' sila layari :
http://www.atm2u.com/new_atm_BM/main.asp?n=testi


UNTUK MAKLUMAT LANJUT/ MENDAPATKAN PRODUK ;
HUBUNGI SAYA : HAIRUL NAZRI 013-3531140 / 017-6872873
ATAU EMAIL SAYA : tuksiak@hotmail.com

InsyAllah,Jika anda sihat,mungkin anda mampu bantu rakan-rakan ,suadara mara,ahli keluarga yg lain atau sesiapa sahaja..Saya pamerkan produk ini setelah saya sendiri yg mengalami masalah Resdung dan Masalah Darah Tinggi, sembuh 90%,hasil penggunaan produk ini.Disebabkan itu lah,saya ingin brkongsi dengan anda semua.InsyAllah,kita mampu berusaha,ALLAH yg menentukan..Saya hanya berkongsi,terpulanglah kepada anda.


' Penyakit pasti datang kepada diri kita , Maka bersedialah dari sekarang '..Tidak guna wang yang banyak,masa yg banyak ..jika diri tidak sihat..